Sophie Ellis-Bextor
Sophie Ellis-Bextor

Sophie Ellis-Bextor

Sophie Michelle Ellis-Bextor (lahir 10 April 1979) ialah penyanyi, penulis lagu dan model Inggeris. Beliau mula terkenal pada akhir 1990-an, sebagai penyanyi utama kumpulan rock indie Theaudience. Selepas kumpulan itu dibubarkan, Ellis-Bextor memulakan kerjaya muzik secara solo, mencapai kejayaan yang meluas pada awal tahun 2000an. Muziknya ialah campuran pop arus perdana, disko, nu-disco, dan pengaruh elektronik 1980-an. Album solo pertamanya, Read My Lips, dikeluarkan pada September 2001. Album ini mencapai nombor dua di Carta Album UK and menerima pensijilan platinum berganda oleh British Phonographic Industry (BPI).[1][2] Ia menjadi kejayaan komersial antarabangsa, terjual sebanyak 2 juta unit serata dunia.[3] Ia menghasilkan empat single, tiga daripadanya mencapai kedudukan teratas di UK.[1] Pada tahun 2003, Read My Lips memenangi Anugerah Edison untuk "Best Dance Album".[4] Album kedua Ellis-Bextor, Shoot from the Hip, dikeluarkan pada Oktober 2003. Album ini mencapai nombor 19 di UK dan dua single telah dikeluarkan.[1] Trip the Light Fantastic, album ketiganya, dikeluarkan pada Mei 2007 dan mencapai nombor 7 di UK.[1] Tiga lagu dalam album ini dikeluarkan sebagai single, salah satunya mencapai 10 teratas di UK.[1]

Sophie Ellis-Bextor

Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • model
Pasangan Richard Jones (k. 2005)
Anak 5
Tahun aktif 1997–kini
Pengkarya berkait
Nama lain
  • The Dance Queen
  • Mademoiselle EB
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
  • piano
Syarikat rakaman
Warganegara British
Laman web sophieellisbextor.net
Kelahiran Sophie Michelle Ellis-Bextor
(1979-04-10) 10 April 1979 (umur 40)
London, England
Genre
Kediaman Hounslow, London, England